Jumaat, 28 Februari 2014
Sabtu, 8 Februari 2014
IMAGINASI
Menjadi orang seni -dalam konteks aku sebagai kartunis- memerlukan aku memerah otak berimaginasi. Berimaginasi memerlukan aku menjadi kreatif. Kreatif memerlukan aku berfikir di luar kotak. Dan kotak itu bukanlah kotak kasut atau kotak mancis ataupun kotak katik.
Walaupun aku sudah bertahun menjadi kartunis namun penglibatan aku masih belum setahun jagung. Mencari dan menghasilkan idea kosong bukanlah cara aku. Boleh saja aku menulis dan melukis kartun dengan lawak bodoh atau spastik. Tapi aku punya misi lain. Kartun selain menghibur ianya juga menjadi medium untuk aku menyampaikan mesej atau sekurang-kurangnya membuat pembaca berfikir dan terfikir. Bukan sekadar gelak tanpa sebab atau ketawa kosong.
Pada aku biarlah kita mentertawakan diri sendiri daripada orang lain mentertawakan kita.
Langgan:
Catatan (Atom)