Jumaat, 30 Mei 2014
Ahad, 11 Mei 2014
Sabtu, 3 Mei 2014
#30DaysComicoreChallenge
Cara mudah berfikir di luar kotak.
Kekuatan seekor kambing terletak pada jurus Kambing Terbangnya.
Makanan paling sedap di dunia ialah makanan yang penuh dengan keberkatan.
Tempat yang paling aku suka di dunia walaupun nafsu aku tidak suka.
Kawan baik ialah siapa saja yang menyokong aku sama ada dari segi duniawi mahupun ukhrawi.
(Jom nyanyi ramai-ramai)
Tuan Profesor...
Kami semua ingin nak bertanya
Oh kenapa...
Ramai orang suka buang masa?
Itu sebabnya...
Masa takut kita buang dia...
* PST - GG Group
Tuan Profesor...
Kami semua ingin nak bertanya
Oh kenapa...
Ramai orang suka buang masa?
Itu sebabnya...
Masa takut kita buang dia...
* PST - GG Group
Kata yang keluar dari mulut adalah apa yang ada dalam hati. Apa yang ada dalam hati nanti adalah akhir kalam kita.
Aku tidak pernah terlepas menonton animasi ini setiap minggu dulu.
Ya ini ialah hiburan tetapi risikonya adalah benar.
Tolong jangan cuba ini di rumah, sekolah, pejabat, dalam keretapi, kolam renang dan atas karpet masjid.
Tolong jangan cuba ini di rumah, sekolah, pejabat, dalam keretapi, kolam renang dan atas karpet masjid.
Sejujurnya aku bukan peminat gula-gula atau manisan. Masa kecil aku lebih banyak kenangan manis daripada manisan.
Aku bercita-cita menjadi kartunis semasa tingkatan 2. Sejak itu aku serius berkartun. Dipendekkan cerita, setelah aku dewasa sedang aku membeli makanan di pasar malam aku terima satu panggilan telefon.
Sepanjang aku menjadi kartunis, antara skala 1 hingga 10, pencapaian aku baru 2. Atau mungkin 3.
Majalah atau komik ini paling lama di Malaysia dan telah melahirkan ramai kartunis tersohor. Majalah GILA-GILA adalah icon dan satu-satunya majalah yang memperjuangkan gaya kartun Malaysia.
Cerita dongeng bukanlah genre yang aku minati.
Terkadang kita yang terlebih dongeng. Mempercayai alam ghaib tetapi tidak meyakininya.
Terkadang kita yang terlebih dongeng. Mempercayai alam ghaib tetapi tidak meyakininya.
Semasa sekolah rendah dulu tajuk Potret Keluarga mesti diberi semasa kelas seni. Biasanya objek yang aku lukis ialah matahari, awan, sawah padi, burung berbentuk M, pokok, kereta, rumah dan bintang peliharaan.
Segala sesuatu adalah inspirasi.
Semua inspirasi ada sesuatu.
Semua inspirasi ada sesuatu.
Pernahkah anda mendengar tentang pokok sebesar 27 kaki diameter? Pokok sebesar itu memang wujud. Sejak aku mengetahui tentangnya aku ingin melihat dan mendakinya.
Perasaan semua-benda-jatuh terasa apabila 'dateline' sudah dekat dan idea masih belum kunjung datang.
Dalam berkartun aku sudah melangkah setapak demi setapak ke arah yang lebih tinggi. Ada banyak lagi anak tangga perlu aku naiki. Terbaharu, aku mengenali kawan-kawan kartunis hebat yang juga pejuang Kartun Malaysia.
Kalau anda mengikuti perkembangan blog dan jenama aku iaitu StokinTidur™, anda mesti perasan yang aku menggunakan warna jingga. Jingga ialah warna rasmi dan identiti bagi StokinTidur™.
Aku mahu memperjuangkan, memperkasa, dan ingin lihat Kartun Malaysia maju setaraf dengan kartun Jepun, Hong Kong dan Barat. Agak kecewa sebab ramai kartunis baru lebih menjurus kepada kartun Manga. Apa tidak relevenkah Kartun Malaysia?
Aku merindui saat Kartun Malaysia sangat laris di pasaran, diterima umum dan turut mencipta fenomena dalam sejarah Kartun Malaysia.
Aku perlu memperkuat dan memperkemaskan lagi gaya lukisan Kartun Malaysia, meningkatkan mutu penceritaan, mencari sumber baru dan menghasilkan karya baru serta mencipta fenomena dalam berkartun.
'Sepasang' cawan kopi. Inilah nikmat dua cawan kopi. Du du du du dudududu duuuu (nescafe).
Perspektif satu titik lenyap.
Aku bukan saja penggemar nescafe tapi aku juga seorang yang perasa. Mungkin terlalu cerewet kerana aku tidak suka kalau secawan nescafe aku dibuat dengan kurang atau lebih rasa. Aku boleh tahu rasanya cukup dengan menghidu aroma nescafe itu.
Aku adalah Pencinta Senyap.
Selain melukis aku juga minat membaca novel. Novel yang aku minati ialah karya penulis tersohor ANDREA HIRATA. Aku boleh membaca tulisan beliau di mana-mana pada bila-bila masa tanpa rasa jemu.
Aku ingin pergi ke Festival Komik Antarabangsa di negara antah berantah. Bukan pergi tengok sahaja tetapi sebagai kartunis jemputan yang mewakili negara dan membawa gaya Kartun Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Berakhir sebuah permulaan.
Langgan:
Catatan (Atom)