Ahad, 17 Februari 2013

PERALATAN MELUKIS


Biasanya aku menggunakan peralatan-peralatan di atas untuk melukis kartun untuk majalah GILA-GILA.

1, Pensil HB (itu sudah kontot kerana sering diasah menggunakan pisau pemotong kertas. Biasanya artist tidak menggunakan sharpener, orang kampung aku sebut peraut) – pensil sangat penting untuk membuat lakaran-lakaran kasar.

2, Pen celup atau nip pen dan indian ink – setelah lakaran dibuat pen celup aku gunakan untuk membuat outline watak dan latar.

3, Art eraser – digunakan untuk memadam kesan pensil setelah outline siap. Pemadam getah biasa tidak digalakkan kerana menghasilkan banyak habuk kotoran. Art eraser tidak mengeluarkan habuk seperti pemadam biasa.

4, Akhir sekali kemasan dibuat menggunakan pen basah (Aku menggunakan jenama uniPin FINE LINE water and fade proof. Pigment ink) pelbagai saiz dari point 1 hingga point 8.

Membuat lakaran di dalam buku lakaran (sketch), aku hanya menggunakan pen basah biasa saiz point 7. Sketch suka andalah nak lukis guna apa pun. Tapi untuk dihantar ke majalah atau untuk terbitan aku syorkan gunakan peralatan di atas.

1 ulasan:

  1. Oo..mcm 2 rupanya..skrg saya dh tau dan kenal peralatan yg digunakn oleh kartunis gila-gila. Terima kasih..

    BalasPadam