Rabu, 19 September 2012

PASANG TELINGA

Terlalu banyak gosip, fitnah, umpatan, dan seumpamanya berlegar-legar diempat penjuru alam sehingga aku merasakan diri begitu kerdil, kecil, bersalah, kesian, dan juga loser. Bukan sekali dua tapi dah berulang kali. Gosip-gosip itu biasanya akan membawa kepada provokasi dan propaganda. Mana ada gosip cerita benda baik Jo, mesti buka aib orang punya. Keadaan semacam ini memaksa aku memasang telinga. Bukan kerana aku ingin busy body tapi kerana aku menyampah dengan si pengosip dan si pembawa gosip. Mulut kecoh ada je di mana-mana. Gosip-gosip itu selalu membuat telinga aku meluat.

"Ini telinga manyak spesel tau. Harga mahal sikit. Lu tak boleh
dengar gosip-gosip, negatif punya barang. Lu sure ka mau tukar?"
"Benda negatif la gua tak mau dengar. Nanti gua jadi buruk sangka. Kasi tukar saja..."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan