Ketika aku melewati suatu tempat aku terserempak dengan sepasang beruk yang boleh bercakap. Aku menghampiri beruk-beruk itu. Mereka tak henti-henti bercakap. Sampai saja aku dihadapan mereka maka mereka pun berhenti bercakap. Mereka tak langsung lari bahkan menggeleng-geleng kepala dan berpandang sesama sendiri sambil mengaru-garu kepala. Seraya mereka berbisik-bisik. Sekarang aku pula mengaru-garu kepala yang tak gatal. Bukanlah sesuatu yang menghairankan melihat beruk bercakap. Tapi beruk itulah kehairanan kerana melihat aku -yang pada pandangan mereka sangat terpelajar- tak faham sepatah haram pun kata-kata mereka.
Beruk: ("harap muka je hensem tapi tak faham bahasa beruk.")
Aku: ("macam la kau tu faham bahasa homosapien!")
Aku: ("macam la kau tu faham bahasa homosapien!")
Tiada ulasan:
Catat Ulasan