Selasa, 4 November 2014

PERBEZAAN

Dalam memberi pendapat akan selalu berlaku perbezaan. Terkadang kita setuju dengan pendapat orang lain dan terkadang kita bangkang. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat bukanlah satu sebab untuk bertelingkah.

Menghormati perbezaan adalah satu cabang dari kebaikan. Dengan sebab perbezaan inilah kita dapat berbagi dan berkongsi pemikiran kita. Daripada situlah pendapat berkembang dan hasil akan pasti menakjubkan berbanding fikir individualistik.

Begitu juga dalam berkartun. Perbezaan dari segi gaya, genre, idea, pembawaan, persepsi dan lain-lain adalah perkara biasa. Mungkin kau tidak suka cara aku. Mungkin kau tidak setuju dengan pendapat aku. Tidak selari dengan idea aku atau sebaliknya. Namun itu tidak mengapa kerana aku menghormati pemikiran kau. Seni itu unik. Tidak mungkin ada persamaan antara dua pengkarya.

Jadi biarlah. Biarlah aku dengan cara aku, kau dengan cara kau. Aku dengan gaya aku, kau dengan gaya kau. Aku dengan idea aku, kau dengan idea kau. Apa yang penting ialah saling menghormati, berlapang dada, bersikap terbuka dan berfikiran rasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan