Ahad, 3 Februari 2013

GUNA OTAK

Hari itu hari cuti yang sangat menyenangkan. Bebas dari bingit bunyi dan hiruk pikuk yang membebankan kepala otak. Hari ini aku mahu rehat. Tidak ingin diganggu oleh bosannya remeh temeh di luar sana. Aku menyandarkan badan di atas sofa empuk berjenama yang berharga mahal dengan perasaan yang tenang. Agak lama aku berbaring. Menutup mata dan mengosongkan otak dari kerja-kerja rutin dan serabut mencari idea atau mereka cerita kartun. Merehatkan mata dari melihat ink hitam melakar di atas permukaan kertas lukisan putih. Merehatkan tangan dari melakar garisan-garisan. Tubuhku tenggelam di atas sofa empuk yang berharga mahal itu. Tenang, nyaman dan mendamaikan. Aku mahu rehat berjam-jam lagi. Sehinggalah aku dikejutkan, lebih tepat diganggu, oleh bunyi ringtone Glass Shatters Stone Cold Steave Austin dari telefon bimbitku.

"Jo," member aku rupanya. Jo ialah kata ganti nama yang digunapakai orang kampung aku. Sama macam Ujang, Awang, Dayang, Boi, Bro dan lain-lain.

"Erm..," jawabku malas.

"Kau ada tengok video YouTube paling sensasi sekarang? Tengah top kau tau. Kelakar pun ada. Sakit hati pun ada. Kena fikir betul-betul baru nampak maksud tersirat. Kalau tak sakit otak tengok."

"Belum."

"Jo kau cuba buka fb aku. Dalam tu ada post best punya. Memang celaru kepala otak baca."
"Ok..."

"Lagi satu Jo kau ingat tak pasal blog hari tu? Kau kena baca post baru sekarang. Fikir dengan kepala otak baru boleh faham. Jangan fikir pakai kepala lutut Jo hahaha"

"Hari ini hari cuti aku malas guna otak."

End call.
#CutiTidur.