Khamis, 22 November 2012

PERSEPSI

Apabila kita buat satu kebaikan maka orang akan tengok seribu keburukan kita.
Apabila kita buat satu keburukan maka seribu kebaikan kita hapus dilupakan orang.
Cukup dengan persepsi 'firaun' itu, kita terus dianggap manusia keji, jahat, melampau, terrorist, dan macam-macam negatif lagi.
 Apa kena mengena ilustrasi ini dengan tajuk di atas?
Anda buatlah persepsi sendiri.

Selasa, 13 November 2012

AZAM

Telah lama aku melukis. Bertahun sudah aku menjadi kartunis. Kini aku mahu menjadi penulis. Azam baru ku ingin menulis. Menghasilkan sebuah novel paling kurang. Mengikut jejak sepupu dekatku seorang novelis terkenal -novelis thriller no 1 Malaysia- RAMLEE AWANG MURSHID. Awang Murshid ialah pakcikku, abang kepada ayahndaku tercinta.

Namun menulis cerita-cerita thriller bukanlah aliranku. Aku lebih selesa dengan gaya penulisan novelis fenomenal favorite-ku iaitu ANDREA HIRATA. Novel Andrea memang genre kesukaan aku. Novel terkenal itu memenuhi rak buku meja kerjaku di rumah. Versi Malaysia dan juga versi asal, Indonesia. Saban tahun aku membacanya. Ulang baca setiap helai sampai lunyai sampai terkoyak tanpa rasa bosan. Menjiwai setiap kata setiap prosa. Aku terpana. Sungguh sebuah novel yang mengesankan.

Tapi -ah kenapa mesti ada tapi- sampai sekarang aku masih belum dapat menulis walau sebuah cerita maupun cerpen. Aku binggung. Menulis bukan boleh sembarangan. Perlu banyak kajian. Bidang penulisan memang bukan kepakaranku. Aku hanya menulis dengan jiwa. Entah bila boleh aku menghasilkan novel sulungku. Buat masa ini aku hanya luangkan masa menulis blog. Mengasah skil penulisan amatur. Manalah tahu satu hari nanti novel aku bersusun di atas rak-rak kedai buku terkenal. Sold out pula tu. Huh memang azam yang menyenangkan. Aku perlu menulis sekarang. Tak ada tapi-tapi.
 Berjanggut aku memikir
Pening sampai bersarang
Tapi... masih belum berhasil

Rabu, 7 November 2012

KAWAN

Perlukah aku sepak member aku tu?

Member     :      Kau memang...
Aku             :      Memang apa?
Member     :      Kau memang dah tak nak kawan dengan aku lagi.
Aku             :      Apasal pulak? Kan kita kawan lama sejak dulu lagi.
Member     :      Itu dulu. Sekarang lain.
Aku             :      Lain macam mana?
Member     :      Pura-pura tak tahu lagi. Buat-buat tanya konon.
Aku             :      Cuba kau terus terang. Kan senang. Straight to the point.
Member     :      Malas ah aku nak layan kau lagi. Mulai hari ni jangan panggil aku kawan lagi.
Aku             :      (hairan) Apa benda kau merepek ni? Kau sakit ke?
Member     :      (jalan terus tinggalkan aku) Sekarang kau-kau, aku-aku. Kaybai.

Aku hairan. Dalam masa 0.05 saat aku sempat berfikir merenung kembali kalau-kalau aku ada atau pernah buat salah. Manalah tau kan kalau terkata terkutuk termaki ter-apa-apa-la. Zaman sekarang kan dah lain. Benda kecil pun jadi gaduh. Cakap sikit disalah anggap. Benda betul dianggap bohong. Tapi makin aku cuba fikir makin aku buntu. Member lak dah makin jauh. Aku malas nak gaduh-gaduh ni. Tambah pula benda yang aku tak tahu hujung pangkal. Dia tu dah la member lama aku sejak sekolah. Kawan baik. Kamceng lagi. Takut benda ni berlarutan, tanpa membuang masa aku pun jerit kat dia

Aku             :      Woi apa salah aku woi???
Member     :      Kau la tak approve aku as a friend kt facebook.
Aku             :      !!!
Kalau anda jumpa gambar kartun ni dalam avatar FB, aku punya FB la tu. Itupun kalau aku tak tukar avatar lain.