Ahad, 28 Disember 2014

METAFORA

CERITA DALAM CERITA DISEBALIK TOPENG GEMBIRA.

#metafora dunia hari ini.

Sabtu, 6 Disember 2014

ST-ASH001

UNTUK DIJUAL
ST-ASH001

SIRI RUMAH
Saiz : 25.4 x 30.4 cm
Media : Akrilik atas kanvas
Pelukis : Hamzah (5 tahun)
Harga : RM50 (tidak termasuk pos)

Berminat? Pm atau emel ke kartunis4zee@gmail.com

Untuk maklumat lanjut Like Page StokinTidur

Selasa, 2 Disember 2014

OTAK LUAR KOTAK 002


ST-P002

UNTUK DIJUAL
ST-P002

Catan kanvas : Saiz 14 x 18 cm
Harga: RM25 (tidak termasuk pos)

Berminat? Pm atau emel ke kartunis4zee@gmail.com

Untuk maklumat lanjut Like Page StokinTidur

Khamis, 27 November 2014

OTAK LUAR KOTAK #001


MENAKLUK CITA-CITA

Tidak tahu bagaimana dan bila bermulanya aku melukis kerana tidak ada hasil lukisan semasa kecil yang tersimpan. Cuma yang masih aku ingat dengan jelas iaitu ketika rakan-rakan berkata dengan was-was mahu menjadi polis, tentera, jururawat, doktor dan cikgu, aku sudah bercita-cita mahu menjadi kartunis yang berjaya. Ya melukis kartun. Cita-cita itu bulat dan tidak dapat diganggu gugat. Ketika itu aku baru tingkatan 2.

Sejak aku bercita-cita yang bukan main-main itu, aku semakin giat dan rajin menconteng, melakar, melukis dan menulis. Aku menyertai pertandingan, pameran, dan cuba menghantar kartun ke majalah GILA-GILA.

Semasa tingkatan 5 aku sempat bertemu muka dengan kartunis Rejabhad atau Penghulu GILA-GILA dan berbengkel kartun dengan beliau. Aku diajar seni dalam berkartun yang masih aku pratikkan hingga kini. Bahkan aku mendapat nasihat dan bengkel secara personal ketika aku membawa beliau berjalan-jalan dan menikmati makanan tradisional di rumah yang dimasak sendiri oleh emak aku.

Beberapa koleksi kartun zaman sekolah menengah masih tersimpan dengan baik. Masa itu aku sudahpun menggunakan nip pen atau pen celup dan dakwat hitam pelikan. Gaya lukisan (stroke) dan idea masih mentah dan terikut-ikut. Antara kartun itu ada yang telah dipamerkan di Balai Seni Lukis Sabah dan ada beberapa yang dilukis semula dengan nafas baru dalam majalah GILA-GILA.

Satu perkara yang boleh aku kongsikan ialah jika anda belum ada cita-cita atau masih mencari cita-cita maka carilah cita-cita yang anda betul-betul inginkan, yang sesuai dengan jiwa anda, yang selari dengan bakat anda. Pegang dan jangan lepaskannya, sabar dan terus berusaha sehingga anda berjaya kelak. Ingatlah kejayaan tidak diperolehi dalam masa yang singkat. Kata bijak pandai negara Rom tidak dibina dalam masa satu hari. Tidak mengapa kalau pekerjaan dan cita-cita anda tidak seiring kerana cita-cita bukan untuk dikejar tetapi untuk ditakluk. Hari ini aku masih lagi mendaki cita-cita sebagai kartunis dan pendakian aku masih lagi dikaki gunung.

Cukuplah 5 koleksi kartun zaman sekolah aku untuk tatapan bersama.




Rabu, 26 November 2014

ST-P001

UNTUK DIJUAL
ST-P001

Catan kanvas : Saiz 14 x 18 cm
Harga: RM25 (tidak termasuk pos)

Berminat? Pm atau emel ke kartunis4zee@gmail.com

Untuk maklumat lanjut Like Page StokinTidur

Selasa, 25 November 2014

ST-B002

UNTUK DIJUAL
ST-B002 REJABHAD

Beg kanvas : Saiz A3
Harga: RM25 (tidak termasuk pos)

Berminat? Pm atau emel ke kartunis4zee@gmail.com

Untuk maklumat lanjut Like Page StokinTidur

Isnin, 24 November 2014

ST-B001

Untuk dijual.
ST-B001

Beg kanvas : Saiz A3
Harga: RM25 (tidak termasuk pos)

Berminat? Pm atau emel ke kartunis4zee@gmail.com

Untuk maklumat lanjut Like Page StokinTidur

PENTINGNYA FAHAM


Khamis, 6 November 2014

INKTOBER YANG MENGHARUKAN

Lucky winners - Inktober Giveaway!!!


Announcing our last, not one, but two winners for our Eguana Inktober giveaway!! Congratulations Dzulfeqar Nasir and Ag Fauzi! Pm us your details and we'll send you your new Eguana Art Journals! :-)

Thank you everyone who participated in our first online event. We hope you will keep on inking and create many more great artwork! 


Selasa, 4 November 2014

SIRI SKETSA #22


PROMO ISU GG 765

 Ralat : 10 SEBAB KEMURUNGAN DAN KURANG KEYAKINAN DIRI PELAJAR.

GILA-GILA 765

Selamat semua yang sedang menduduki peperiksaan SPM. Kot bosan belajar rehat dulu baca GILA-GILA.

PERBEZAAN

Dalam memberi pendapat akan selalu berlaku perbezaan. Terkadang kita setuju dengan pendapat orang lain dan terkadang kita bangkang. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat bukanlah satu sebab untuk bertelingkah.

Menghormati perbezaan adalah satu cabang dari kebaikan. Dengan sebab perbezaan inilah kita dapat berbagi dan berkongsi pemikiran kita. Daripada situlah pendapat berkembang dan hasil akan pasti menakjubkan berbanding fikir individualistik.

Begitu juga dalam berkartun. Perbezaan dari segi gaya, genre, idea, pembawaan, persepsi dan lain-lain adalah perkara biasa. Mungkin kau tidak suka cara aku. Mungkin kau tidak setuju dengan pendapat aku. Tidak selari dengan idea aku atau sebaliknya. Namun itu tidak mengapa kerana aku menghormati pemikiran kau. Seni itu unik. Tidak mungkin ada persamaan antara dua pengkarya.

Jadi biarlah. Biarlah aku dengan cara aku, kau dengan cara kau. Aku dengan gaya aku, kau dengan gaya kau. Aku dengan idea aku, kau dengan idea kau. Apa yang penting ialah saling menghormati, berlapang dada, bersikap terbuka dan berfikiran rasional.

Ahad, 2 November 2014

PEKAN KARTUN IPOH

Anda peminat Kartun Malaysia? Lapangkan masa anda pada tarikh di atas. InsyaAllah jika tiada aral melintang aku juga akan ada di sana (sebagai pelanggan seperti anda juga). Kalau ada rezeki aku akan beraksi barang secawan dua. Jumpa di sana...

INKTOBER DAY 31

Tamat.
Finish.