Ahad, 28 September 2014

BERHALA

Sama ada benda, harta, pangkat, kedudukan, emas perak, wang ringgit, atau apa saja yang seseorang itu yakini
dapat beri manfaat dan mudharat,
dapat menyelesaikan masalah,
tempat mengharap dan meminta,
boleh lakukan semua perkara, 
merasa tak boleh hidup tanpa perkara tersebut...

Meyakini selain daripada ALLAH dan keyakinan itu bersarang di dalam lubuk hati maka itu juga adalah berhala.

Iman yang sempurna ialah 100% yakin pada ALLAH S.W.T
(Iman 99% juga belum sempurna.)

Isnin, 22 September 2014

RASA

Kalau tak dapat beri gambaran yang tepat tentang sesuatu perkara, beri gambaran yang logik pun sudah memadai.

Selasa, 16 September 2014

POTRET DIGITAL

Seorang seniman kehidupan.
Seorang penulis puisi yang aku kagumi.

(Percubaan melukis potret digital)

Rabu, 10 September 2014

3M

Meor, Mail dan Meon adalah tiga watak sinonim dalam majalah GILA-GILA. Ramai yang tidak tahu idea kartun 3M pada mulanya dilukis untuk pameran kartun pada tahun 1998 yang telah dipamerkan kepada umum di Balai Seni Lukis Sabah. Pada tahun 2009 barulah siri 3M dilukis secara rasminya dan telah menjadi kolum tetap serta popular di dalam majalah GILA-GILA sehingga kini.

3M menceritakan kisah tiga orang remaja yang berkawan baik sejak kecil lagi. Dengan berlatarkan suasana kampung kehidupan mereka penuh dengan senda gurau, saling membantu, setia kawan, tangis, tawa, marah, gaduh, kawan balik, gaduh, kawan balik, gaduh lagi, kawan balik lagi dan begitulah selayaknya kawan baik.

Sebermula kisah apabila Meor telah jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis, anak Ketua Kampung, iaitu Elyana. Sejak itu Meor dijangkiti penyakit angau. Setiap hari Meor berusaha memikat, menawan, mendekati, dan cuba berbicara walau sekejap dengan Elyana. Namun usahanya tidak pernah berjaya. Selain malu, Meor juga gemuruh, kaku, takut, serta hilang kata apabila terlihat walau bayang gadis pujaannya itu. Kisah cinta Meor yang bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang peningkatan agak tragis, memilukan dan kadang-kadang menjengkelkan.

Dua kawan baiknya iaitu Mail dan Meon adalah tempatnya meluahkan rasa cinta yang belum nampak perubahan dan kesudahan. Walaubagaimanapun Mail dan Meon tetap setia melayan ulah dan perangai yang terkadang menyampah atau kata asalnya iaitu sampah. Biasalah orang tengah angau dan derita sakit cinta. Macamlah anda tidak pernah alami sendiri. Bagi yang mengikuti siri ini dari mula lagi, anda akan dapat memahami jalan cerita yang pelbagai ragam bukan sahaja kisah cinta karat itu tetapi juga kisah kehidupan harian mereka bertiga yang lucu dan mengusik jiwa. Siri ini juga turut dibantu oleh beberapa watak sampingan terutama dua ekor kambing yang genius.

Dalam usaha Meor mendapatkan cinta dari gadis manis nan misteri itu, mampukah Meor meraih cinta dari Elyana? Atau berbicara walau seketika? Atau mendapat respon baik dari Elyana? Atau dapatkah Meor melamar buah hatinya itu kelak? Atau cinta Meor hanya bertepuk sebelah tangan? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Sama-samalah kita ikuti siri ini yang aku sendiri tidak tahu bila akan berakhir dan apa kesudahannya.

Jumaat, 5 September 2014

WHO LET THE GOAT OUT?

(Bek, Bek, Bek, Bek)

PROFESSOR SERBA TAHU

Beliau popular dengan kolum FALSAMPAH GILA-GILA dan SOAL JAWAB PST.

Siapa yang belum mengenali beliau silalah beli majalah GILA-GILA sekarang.

"Ok siapa ada soalan dan kemusykilan boleh tanya diruang komen," Professor Serba Tahu.

Khamis, 4 September 2014

Selasa, 2 September 2014

ORANG KUAT

Semoga Orang Kuat dapat melukis kembali untuk semua peminat.

Kasihanlah budak kecil itu Tan Sri Alif.