Sabtu, 12 Januari 2013

KARTUNIS dan GURU

Kartunis juga umpama guru. Para pelajarnya ialah semua pembaca. Selain menghasilkan hiburan-hiburan ringan, satira dan lelucon, kartunis juga berperanan memberi didikan dan nilai moral -ya walau sedikit- kepada para pembaca. Persepsi bahawa kartunis adalah kerjaya picisan dan kartun sebagai bahan hiburan yang dulu difikir tidak bagus untuk pelajaran sepatutnya sudah tiada dan perlu dikikis dari fikiran masyarakat.

Menjadi kartunis bermakna aku meletakkan rutin bulananku menyiapkan kartun. Sebagai kartunis aku juga bertanggungjawab memberi cerita yang mendidik dan bermoral kepada setiap pembaca. Bukan sekadar melawak atau syok sendiri tapi turut menyelitkan beberapa nilai murni sama ada melalui cerita, dialog, atau watak. Beberapa keluaran majalah Gila-Gila kebelakangan ini aku sudahpun menyelitkan beberapa nilai moral dalam kartun-kartun aku. Sekarang tinggal anda untuk menilai dan memahami isi tersurat dan tersirat didalamnya.
"Cikgu lukis orang ke mambang?"
"Errr..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan