Ahad, 17 Mac 2013

KAU APAHAL???

Ahad itu sungguh menyenangkan. Aku berada di Seksyen 2 Shah Alam. Tujuanku berkunjung bukan untuk melawat atau megenang memori lama semasa belajar di UiTM dulu. Tapi aku datang kerana ingin membeli set alat cetak sutera saring untuk mencetak t-shirt StokinTidur™.

Tapi cerita dalam cerita yang menarik semasa di dalam kedai grafik itu bukan hal-hal berkaitan percetakan atau apa. Ini lawak. Atau mungkin sengal. Entahlah.

Aku sedang sibuk membelek-belek warna fabrik yang pelbagai. Entah dari mana awek-awek ranggi itu muncul. Dari perbualan sesama mereka aku faham bahawa mereka pelajar Universiti. Aku kemudian pergi melihat-lihat sekuji dan photo elmusion. Telinga aku mendengar setiap kata awek-awek ranggi tadi. Bukan aku nak menyibuk atau busy body tapi siapa pun yang ada di situ pasti dapat dengar dengan jelas. Riuh sekampung.

Mereka bercerita tentang sesuatu. Tapi aku lupa apa. Cuma aku tahu benda itu berkisar tentang seni halus ataupun mungkin seni bina. Awek-awek ranggi itu kebingungan kerana mereka sendiri nampaknya tak faham istilah seni itu. Aku faham tapi tak kan aku nak menyampuk pula. Aku terus membelek dan mendengar dengan tekun. Sambil bersembang mereka sibuk bermain internet menggunakan handphone canggih. Aku kira mereka semua awek terpelajar dan celik internet atau IT. Mungkin kerana mereka bingung dengan istilah seni itu, tiba-tiba seorang awek yang berambut panjang dan berpakaian ala model memberi solusi dengan berkata

"Wei cube ko google kat yahoo tengok"

Aku nak tergelak. Kau apahal???
"Hish macam mana nak Google kat Yahoo ni? Nak buka Google ke Yahoo?"
Kau rasa macam mana?

2 ulasan:

  1. Kalau dia dah pandai xde la dia masuk university, sbb tu dia belajar nanti senang dia nak google kat yahoo wakakaka....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awek lawa cakap macam tu. Jatuh saham hahaha

      Padam