Isnin, 3 Jun 2013

GILA-GILA 748

Betul dalam banyak-banyak majalah kartun Malaysia yang aku sudah baca aku masih memilih GILA-GILA sebagai majalah kartun Malaysia terbaik. Anda bandinglah dengan mana-mana majalah lain hati aku masih lagi memilih konsep yang dibawa oleh majalah legend dan otai ini. Setakat ini masih belum ada majalah kartun yang buat aku tertarik walaupun sudah banyak majalah-majalah kartun baru dipasaran. Kalau anda pun sokong GILA-GILA apa lagi belilah sekarang. Jadikan koleksi peribadi.