Isnin, 4 Ogos 2014

CERITA 18 TAHUN LALU

Aku selongkar piala yang bersusun di kampung. Terjumpa piala ini.

Masa ini ada pertandingan GIG di sekolah berdekatan. Kawan-kawan sekolah yang kaki muzik masuk pertandingan ini. Masa itu muzik Grunge jadi kegilaan terutama Nirvana.

Semasa GIG sedang berlangsung di atas pentas, di bawah pentas diadakan pertandingan melukis komik. Aku antara peserta melukis komik.

Kawan aku membolot hadiah acara GIG sementara aku mengungguli acara melukis.

Aku melukis orang bermain gitar berlatar suasana GIG menggunakan nip pen dan dakwat india jenama Pelikan.

Itu cerita zaman sekolah menengah. Tahun 1994 cita-cita aku ialah menjadi seorang kartunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan