Isnin, 13 Oktober 2014

ORANG AWAM VS ORANG SENI

Orang awam
   menginterpretasi seni dan rekaan
   membaca puisi, novel dan karya sastera
   mendengar muzik
   melihat kartun

Pada cantik dan hodohnya
Pada bagus dan jeleknya
Pada merdu dan seraknya
Pada kemas dan cakarnya
   sesekali berkata ini kreatif ini tidak

Mereka tidak faham
   Aliran, konsep, falsafah,
      unsur seni dan prinsip rekaan.

Mereka tidak kuasai
   Kata, makna dan gaya bahasa.

Mereka tidak celik
   Melodi, kod, vokal dan lagu.

Mereka tidak tahu
   Asas dan seni berkartun.

Orang seni
   melihat seni
Pada idea segar, unik dan luar kotak.
Dalam idea
   Ada falsafah
   Ada makna
   Ada cerita
   Ada pengalaman
   Ada garis masa
   Ada cinta
   Ada apa yang orang awam tak nampak.

~ 4Z